Halaman Utama


 
 
Pemilihan Nama dan Cogan Kata Blog

 

Nama blog yang dipilih ialah LAILA BERFIKIR
Cogan Kata yang dipilih ialah BAKARIH, BAJARIH, BALURIH



Huraian Pemilihan Nama Blog

 

Pengertian Laila

“Laila” adalah suatu perkataan yang bererti adil, bahagia, baik. Perkataan ini juga digunakan untuk menunjukkan sesuatu kesayangan yang menarik perhatian, berkesan dihati, nyata kebisaiannya, menyerlah kecantikannya, merupakan amat baik, berkebolehan, amat cantik, amat elok, amat segak dan bergaya, gagah, berani, tersusun rapi dan laila bahagia.

 

Contoh perkataan laila yang digunakan untuk menunjukkan keistimewaannya adalah seperti berikut:

Laila perkasa, laila bangsawan, laila setiawan, laila dermawan, laila kebajikan, laila insane dan sebagainya (Sumber: Pusat Sejarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan).

 

Pengertian Berfikir

Manakala “Berfikir” pula bermaksud menggunakan akal budi untuk menyelesaikan, mempertimbangkan atau memutuskan sesuatu dalam ingatan (Kamus Bahasa Melayu Nusantara, 2003).

 

Dalam konteks ini Laila Berfikir ialah pusat pengetahuan yang menyediakan pelbagai juadah ilmu sebagai tatapan dan renungan bersama untuk mengimplementasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran Bahasa Melayu. Semua ini dilaksanakan dalam bentuk bahasa yang mudah dan jelas.

 

Keterangan Pemilihan Cogan Kata Blog

 

'Bakarih, bajarih, balurih'. Cogan kata yang menjadi pilihan.Tujuan utama ialah supaya Laila Berfikir ini menjadi inspirasi BAKARIH meluangkan masa yang bernilai, setelah BAJARIH mencari ilmu. Para pembaca akan BALURIH informasi dan maklumat yang bermanfaat bagi memantapkan lagi ilmu yang sedia ada. Sasaran yang menjadi pilihan adalah guru, pelajar dan ibu bapa.




Objektif pembinaan blog Laila Berfikir

 
1.                  Sebagai memenuhi keperluan kursus E0-5306-B, iaitu Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan Bahasa.
 

2.                  Untuk melahirkan bangsa pemikir yang kritis dan juga kreatif.
 

3.                  Untuk menyalurkan kepelbagaian sumber ilmu kepada semua peringkat, iaitu pelajar, guru dan ibu bapa.
 

4.                  Untuk menyokong dan menanai Hala Tuju Dasar dalam Strategi Pendidikan, Wawasan Brunei 2035, iaitu dengan melaksanakan misi pendidikan dengan lebih sempurna ke arah memberikan pendidikan yang menyeluruh bagi mencapai potensi yang penuh bagi semua.

 
 

Ahli-ahli blog Laila Berfikir

 

NOORMIMIWATI @ NURSYIFA AFIFAH BTE MOMIN

BIL. PENDAFTARAN : 11M8156

 

 

HJH MILAKARMILAH BTE HJ MATAMIN

BIL. PENDAFTARAN : 11M8158

 

DK NOOR HASIBAH BTE PG HJ AHMAD

BIL. PENDAFTARAN : 11M8159

 

NOOR HIDAYAH BTE HJ DURAHIM

BIL. PENDAFTARAN : 11M8156

 


Disediakan dan difikirkan bersama:
Ahli-ahli Laila Berfikir
 

 
 

 

Tiada ulasan: