Selasa, 11 September 2012

LAILA BERFIKIR

 
 


Pemilihan Nama dan Cogan Kata Blog

 

Nama blog yang dipilih ialah LAILA BERFIKIR
Cogan Kata yang dipilih ialah BAKARIH, BAJARIH, BALURIH



Huraian Pemilihan Nama Blog

 

Pengertian Laila

“Laila” adalah suatu perkataan yang bererti adil, bahagia, baik. Perkataan ini juga digunakan untuk menunjukkan sesuatu kesayangan yang menarik perhatian, berkesan dihati, nyata kebisaiannya, menyerlah kecantikannya, merupakan amat baik, berkebolehan, amat cantik, amat elok, amat segak dan bergaya, gagah, berani, tersusun rapi dan laila bahagia.

 

Contoh perkataan laila yang digunakan untuk menunjukkan keistimewaannya adalah seperti berikut:

Laila perkasa, laila bangsawan, laila setiawan, laila dermawan, laila kebajikan, laila insane dan sebagainya (Sumber: Pusat Sejarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan).

 

Pengertian Berfikir

Manakala “Berfikir” pula bermaksud menggunakan akal budi untuk menyelesaikan, mempertimbangkan atau memutuskan sesuatu dalam ingatan (Kamus Bahasa Melayu Nusantara, 2003).

 

Dalam konteks ini Laila Berfikir ialah pusat pengetahuan yang menyediakan pelbagai juadah ilmu sebagai tatapan dan renungan bersama untuk mengimplementasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran Bahasa Melayu. Semua ini dilaksanakan dalam bentuk bahasa yang mudah dan jelas.

 

Keterangan Pemilihan Cogan Kata Blog

 

'Bakarih, bajarih, balurih'. Cogan kata yang menjadi pilihan.Tujuan utama ialah supaya Laila Berfikir ini menjadi inspirasi BAKARIH meluangkan masa yang bernilai, setelah BAJARIH mencari ilmu. Para pembaca akan BALURIH informasi dan maklumat yang bermanfaat bagi memantapkan lagi ilmu yang sedia ada. Sasaran yang menjadi pilihan adalah guru, pelajar dan ibu bapa.




Objektif pembinaan blog Laila Berfikir.

 

1.                  Sebagai memenuhi keperluan kursus E0-5306-B, iaitu Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan Bahasa.

 

2.                  Untuk melahirkan bangsa pemikir yang kritis dan juga kreatif.

 

3.                  Untuk menyalurkan kepelbagaian sumber ilmu kepada semua peringkat, iaitu pelajar, guru dan ibu bapa.

 

4.                  Untuk menyokong dan menanai Hala Tuju Dasar dalam Strategi Pendidikan, Wawasan Brunei 2035, iaitu dengan melaksanakan misi pendidikan dengan lebih sempurna ke arah memberikan pendidikan yang menyeluruh bagi mencapai potensi yang penuh bagi semua.

 

 

AHLI-AHLI BLOG LAILA BERFIKIR

 

NOORMIMIWATI @ NURSYIFA AFIFAH BTE MOMIN

BIL. PENDAFTARAN : 11M8156

 

 

HJH MILAKARMILAH BTE HJ MATAMIN

BIL. PENDAFTARAN : 11M8158

 

DK NOOR HASIBAH BTE PG HJ AHMAD

BIL. PENDAFTARAN : 11M8159

 

NOOR HIDAYAH BTE HJ DURAHIM

BIL. PENDAFTARAN : 11M8156
 

 

Disediakan dan dihasilkan oleh:
Laila Berfikir
 

 

Ahad, 9 September 2012



DOA-DOA UNTUK PELAJAR CEMERLANG
Sumber ibnunaeem

Adab Bercakap mengikut Sunnah

Rasulullah S.A.W bersabda, Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah“. 

doa anak untuk ibu bapa


Hikmah

Kelebihan Surah al-Fatihah

Rasullullah telah bersabda yang bermaksud:
"Fatihal kitab (surah al-Fatihah) adalah ubat bagi segala racun"

Tip Sihat


13 Langkah hilangkan Mengantuk dan Tekanan


Hikmah

Hikmah Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa


Kisah Nabi Sulaiman dengan Seorang Pemuda

Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenali sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.

Jumaat, 7 September 2012

Menangis itu Sihat?


Betulkah tangisan salah satu cara membuang radikal?

Pentingkah Kesihatan Organ-organ di Kepala?


Cara Menjaga Kesihatan Organ-organ di Kepala

Bagaimanakah caranya menjaga kesihatan organ-organ di kepala?
Ramai yang sambil lewa sahaja tentang cara menjaganya. Ada yang tidak prihatin dengan organ-organ berkenaan. Jadi bagaimanakah cara menjaganya?

Emosi yang Memudaratkan

Enam Jenis Emosi…
dibiarkan Memudaratkan Kesihatan.


Khamis, 6 September 2012

Perambahan Brunei

Perambahan Brunei

Jawab semua soalan yang disediakan dengan mengaris jawapan yang betul.
Memilih peribahasa (dalam bentuk aneka pilihan) apabila maksud diberikan.

Kemahiran berfikir

KEMAHIRAN BERFIKIR DITUNTUT DALAM ISLAM

http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/28dis10/cetusan.htm

bahan gambar untuk menjana pemikiran pelajar


Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa


Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Pemikiran merupakan proses yang menggunakan akal untuk menyelesaikan  masalah. Proses ini melibatkan aktiviti-aktiviti menyusun idea-idea atau perkara-perkara yang tersembunyi, membuat kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baru yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang kian mencabar. Ringkasnya, pemikiran boleh diertikan sebagai proses penyusunan maklumat, konsep atau idea yang berkaitan dengan melibatkan penggunaan pandangan, gambaran, simbol, perkataan, akal dan rangsangan atau dorongan yang tersembunyi.

Proses berfikir terdiri daripada interaksi atau hubungan yang berlaku di antara tiga elemen iaitu:
a)    pengetahuan
b)   kemahiran kognitif
c)    sikap dan nilai

Kejujuran cermin


“Pergi cermin diri kau sendiri!”

Ayat tersebut bukan bermaksud periksa muka dan melihat keadaan muka tetapi lebih daripada itu. Cermin yang fungsinya adalah untuk memantulkan imej sebenarnya mempunyai fungsi yang lebih jauh dan lebih dalam lagi.  Adakah kita menyedari fungsi disebalik cermin yang kita gunakan seharian? Pernahkan anda terfikir bahawa cermin begitu jujur pada kita?

Rabu, 5 September 2012

Sebarangan atau Sembarangan...?


Betulkah ayat ini….?

1.       Kamu tidak harus membuat tuduhan sebarangan sahaja.
2.       Kamu tidak harus membuat tuduhan sembarangan sahaja.

Selasa, 4 September 2012

Pendingin hawa atau penghawa dingin...?


Pensyarah saya pernah mengajukan tentang keraguaan penggunaan ‘pendingin hawa’ atau ‘penghawa dingin’. Pernahkah anda terfikir tentangnya?