Isnin, 13 Ogos 2012

Persediaan mengajar karangan jenis peribahasa



Kelas:                                                   Tahun 10
Masa:                                                   60 minit
Mata pelajaran:                                      Bahasa Melayu
Bilangan pelajar:                                    20  orang
Tajuk:                                                   Karangan
Tajuk kecil:                                           Karangan Jenis Peribahasa
Objektif:                                                Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:
a) mencipta dan menulis rangka karangan dengan cara yang betul.
b) membaca secara ringkas cerita yang dibina dengan lantang.
                                                           
Nilai:                                                     Prihatin, yakin diri, bekerjasama, berani, patuh arahan

Pengetahuan sedia ada:                         a) Pelajar pernah mendengar tentang Peribahasa ‘Seperti katak di bawah  tempurung’

Alat bantu mengajar (ABM):                    Projektor – power point, kertas berwarna

Kaedah:                                                Berfikir, penerangan, meyelesaikan masalah dan bersoal jawab.




LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI
KAEDAH / NILAI / ABM

Set induksi
5 minit


Gambar rajah yang berkaitan dengan tajuk karangan.

Gambar tentang Peribahasa ‘Seperti katak di bawah tempurung’


Guru bertanya kepada pelajar gambar yang mereka lihat.

Guru menerangkan gambar rajah berkenaan.


Nilai: prihatin

ABM:  power point

Kaedah: soal jawab, berfikir

Langkah 1
10 minit

Penerangan secara ringkas tentang Peribahasa ‘Seperti katak di bawah tempurung’

Penerangan tentang pengajaran yang didapati daripada Peribahasa ‘Seperti katak di bawah tempurung’


Guru menerangkan kepada pelajar secara ringkas maksud Peribahasa ‘Seperti katak di bawah tempurung’

Guru bertanya secara terbuka kepada pelajar tentang pengajaran yang boleh diambil daripada Peribahasa ‘Seperti katak di bawah tempurung’


Nilai: prihatin, yakin diri

ABM: power point

Kaedah: penerangan, soal jawab






Langkah 2
15 minit


Aktiviti berkumpulan:

Membina rangka karangan berbentuk cerita tentang Peribahasa ‘Seperti katak di bawah tempurung’

Peta minda:
-          Maksud peribahasa
-          Memperkenalkan watak
-          Pengembangan cerita
-          Situasi
-          Konflik
-          Peleraian: insaf dan pengajaran


Guru mengarahkan pelajar membentuk 4  kumpulan dan melantik seorang ketua.

Setiap kumpulan diarahkan membina rangka karangan mengikut kreativiti mereka.

Setiap kumpulan menulis peta minda dalam kertas yang disediakan oleh guru.

Nilai:
Semangat bekerjasama

Kaedah:
menyelesaikan masalah

ABM: power point, kertas berwarna

Langkah 3
25 minit

Aktiviti berkumpulan:

Kaitkan makna peribahasa dengan cerita berbentuk naratif.

Cerita mengandungi pengajaran.

Guru mengarahkan ketua setiap kumpulan menerangkan cerita yang mereka buat. Manakala seorang membantu menulis peta minda di papan tulis.

Guru memilih cerita yang paling sesuai berdasarkan penegasan tentang pengajaran pada akhir cerita dan menyerlahkan makna peribahasa tersebut.


Nilai:
Semangat bekerjasama, berani, patuh arahan

Kaedah: bercerita


Penutup
5 minit


Rumusan isi pelajaran

Latihan kerja rumah:
Membina sebuah karangan peribahasa bertajuk ‘Seperti katak di bawah tempurung’.


Guru merumuskan isi pelajaran sambil bersoal jawab dengan pelajar.

Guru mengarahkan pelajar membuat sebuah karangan sebagai latihan kerja rumah.

Nilai:
Kesungguhan, patuh arahan






Disediakan oleh:
Normimiwati bte Momin
2012


Tiada ulasan: