Jumaat, 10 Ogos 2012

Selesa di dalam kelas

"Saya tak boleh belajar dengan baik dalam pembelajaran saya. Setiap kali guru menerangkan tentang sesuatu, saya tidak dapat memberikan tumpuan yang sewajarnya", kata salah seorang murid yang pernah saya temui. Bagi pendapat anda, bagaimana mewujudkan suasana yang selesa dalam bilik darjah,? Apakah tips-tips yang boleh difikirkan supaya pelajar dapat menimba ilmu secara maksimum ?

Ikuti beberapa tips di bawah ini :

Tips 1: Mengenali rakan lain
Kenali semua orang di dalam kelas anda dan anggaplah mereka semua adik-beradik dengan tujuan yang sama, iaitu masing-masing datang untuk menimba ilmu

Tips 2 : Memilih tempat duduk yang sesuai
Cari tempat yang sesuai dan selesa, iaitu kedudukan paling sesuai yang dapat membantu pembelajaran, asalkan bukan tempat duduk paling belakang yang boleh melalaikan.

Tips 3 : Membuat persediaan
Sebelum masuk ke dalam bilik darjah, anda juga harus mengulang kaji serba sedikit tentang topik yang telah diajarkan oleh guru sebelumnya, serta topik yang bakal dibentangkannya. Anda juga boleh bersedia dengan soalan yang sesuai untuk disoal kepada guru.

Tips 4 : Melibatkan diri secara aktif
Apabila anda menyertai aktiviti di dalam kelas, anda akan berasa lebih selesa dengan rakan-rakan serta menjadi lebih akrab dengan guru. Usahlah memencilkan diri dan berdiam di satu sudut sahaja. Tanamkanlah sikap seronok melakukan aktiviti bersama-sama teman sekelas.

Tips 5 : Membersihkan kelas
Pastikan kelas sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas. Susun barang-barang di meja anda dan hiaskan menurut cita rasa sendiri. Berusahalah bersama rakan sekelas untuk membersihkan dan menghias kelas kerana suasana ceria kelas akan memberikan anda motivasi dan keselesan untuk belajar.


Disediakan oleh : Hjh Milakarmilah

Tiada ulasan: