Kemahiran
Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Pemikiran
merupakan proses yang menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah. Proses ini melibatkan
aktiviti-aktiviti menyusun idea-idea atau perkara-perkara yang tersembunyi,
membuat kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baru yang boleh
digunakan untuk menyelesaikan masalah yang kian mencabar. Ringkasnya, pemikiran
boleh diertikan sebagai proses penyusunan maklumat, konsep atau idea yang
berkaitan dengan melibatkan penggunaan pandangan, gambaran, simbol, perkataan,
akal dan rangsangan atau dorongan yang tersembunyi.
Proses
berfikir terdiri daripada interaksi atau hubungan yang berlaku di antara tiga
elemen iaitu:
a)
pengetahuan
b)
kemahiran kognitif
c)
sikap dan nilai
Konsep Kemahiran Berfikir
Terdapat
beberapa konsep yang sering digunakan dalam membincangkan kemahiran berfikir.
Antaranya adalah pemikiran kritis, pemikiran kreatif dan kemahiran berfikir
aras tinggi.
Menurut
Beyer (1985), pemikiran kritis ialah process of determining the authenticity,
accuracy and worth of information or knowledge claim. Beliau menambah
bahawa pemikiran kritis mempunyai dua dimensi utama iaitu kerangka minda dan
beberapa operasi mental yang spesifik.
Menurut
Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir dapat dikaitkan dengan pemikiran
lateral yang membawa maksud bukan sahaja menyelesaikan masalah, tetapi juga
melihat perkara itu berdasarkan pelbagai perspektif bagi tujuan menyelesaikan
masalah .
Bagi Mayer
(1977) pula, pemikiran adalah pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang
berlaku dalam minda atau sistem kognitif bagi tujuan menyelesaikan masalah.
Leming
(1989), mendefinisikan pemikiran sebagai proses luar biasa yang digunakan dalam
proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Gagasan ini juga mempunyai
persamaan dengan pandangan Marzano (1970) yang melihat pemikiran sebagai proses
menyelesaikan masalah dan perlakuan semula jadi yang kompleks.
Alvino
(1990) pula mengemukakan beberapa definisi yang dianggap mempunyai kaitan
dengan konsep kemahiran berfikir ini. Antaranya:
a)
Taksonomi Blooms: Model pengajaran yang popular dengan
mengkategorikan kemahiran berfikir daripada pengetahuan konkrit kepada abstrak,
pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Tiga kategori yang akhir
dianggap kemahiran aras tinggi.
b)
Pemikiran kreatif: Cara melihat ataupun melakukan
sesuatu yang dicirikan oleh empat komponen iaitu kelancaran dalam menjana idea,
fleksibiliti (mengubah perspektif dengan mudah), ketulenan (menggambarkan
sesuatu yang baru dan asli) dan elaborasi ( membina idea yang lain).
c)
Pemikiran kritis: Proses dalam menghuraikan ketulenan,
ketepatan atau pun nilai bagi sesuatu perkara; ciri-ciri bagi kebolehan mencari
sebab dan alternatif, melihat situasi secara keseluruhan, dan mengubah
pandangan berdasarkan bukti. Kadangkala dipanggil juga sebagai pemikiran
logikal dan pemikiran analitikal.
d)
Kemahiran berfikir: satu set kemahiran yang asas dan
lanjutan serta subkemahiran yang menguasai proses mental seseorang. Kemahiran
ini mengandungi pengetahuan, kecenderungan dan operasi kognitif dan
metakognitif.
Teknik-teknik dalam kemahiran Berfikir
Teknik-teknik
yang dapat menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir secara analitis, krisis
dan rasional boleh didapati daripada Cort Thinking Programme yang disediakan
oleh Dr. Edward de Bono. Mengikut beliau, kemahiran berfikir seseorang pelajar
boleh dipertingkatkan melalui teknik-teknik seperti berikut;
a)
Mengadakan perbincangan di antara pelajar dalam
sesuatu kumpulan kecil dengan mempertimbangkan sesuatu idea atau isu semasa
dari segi kebaikannya dan kelemahannya.
b)
Menggunakan teknik menyelesaikan masalah yang sesuai
untuk mencari sesuatu aternatif, kemungkinan atau pilihan untuk membuktikan
hipotesis atau mendapat sesuatu rumusan.
c)
Membimbing pelajar supaya mempertimbangkan semua
faktor dalam proses pilihan atau semasa membuat keputusan.
d)
Membimbing pelajar meneliti segala akibat (berikut
sesuatu tindakan) yang mungkin berlaku dalam masa jangka pendek serta masa
jangka panjang.
e)
Membimbing pelajar meninjau sesuatu idea atau pendapat
dari sudut pandangan orang lain.
f)
Membimbing pelajar supaya memahami dan menentukan
tujuan dan objektif tentang sesuatu perkara dalam kajian dengan cara yang
tepat.
Ciri-Ciri Utama Kemahiran Berfikir
a)
Kemahiran berfikir secara kritis
Kemahiran berfikir secara kritis ialah kemahiran
menilai sesuatu masalah secara logik dan munasabah. Melalui kemahiran ini, guru
perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang berikut:
i.
menganalisis sesuatu masalah secara terperinci
ii.
menyenaraikan ciri-ciri utnuk mendapat gamabaran yang
lebih menyeleluruh mengenai sesuatu konsep
iii.
kemahiran untuk membuat aktiviti-aktiviti banding beza
iv.
menyusun isi dalam bentuk menaik atau menurun
v.
membuat keputusan rasional
vi.
membuat penilaian secara menyeluruh.
b)
Kemahiran berfikir secara kreatif
Guru juga harus memiliki kemahiran berfikir secara
kreatif seperti berikut:
i.
menjana idea/jalan penyelesaian yang baru terhadap
sesuatu situasi bermasalah
ii.
membuat inferens dalam aktiviti-aktiviti penyelesaian
masalah di mana guru perlu memutuskan satu tindakan wajar
iii.
membuat hubung kait antara konsep-konsep yang berbeza
iv.
meramal dengan melibatkan diri dalam kajian masa depan
di mana guru dapat membayangkan apa yang akan berlaku dalam sesuatu situasi
yang bermasalah.
v.
membuat hipotesis iaitu membuat pernyataa masalah yang
boleh diuji kesahannya.
vi.
mensintesis iaitu menggabungkan idea, unsur-unsur item
dan fakta yang berasingan untuk menghasilkan satu gambaran yang menyeluruh.
vii.
mengitlak iaitu membuat pemerhatian dan rumusan dengan
membuat pernyataan-pernyataan umum
viii.
menganalogi iaitu untuk membuat perbandingan dan
mencari kesamaan antara konsep-konsep yang berlainan
ix.
membuat gambaran mental di mana guru boleh
membayangkan sesuatu yang abstrak di dalam pemikirannya.
x.
merekacipta iaitu mencipta inovasi atau barang maujud
yang baru yang boleh digunakan dalam proses pengakaran dan pembelajaran.
c)
Kemahiran berfikir secara menaakul
Kemahiran berfikir secara menaakul ialah satu
kemahiran di mana guru perlu membuat pemikiran tahap tinggi dengan membuat
interpretasi, analisis, sintesis dan penilaian untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini akan membantu guru membuat keputusan
yang logik dan rasional terhadap semua permasalahan yang dihadapi olehnya.
d)
Strategi berfikir
Strategi berfikir ialah proses berfikir yang lebih
tinggi peringkatnya dan mengandungi langkah-langkah yang melibatkan beberapa
kemahiran berfikir kritis dan kreatif untuk mengkonsepsi, membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.
Sumber rujukan:
Dr. Ragbir kaur A/P
Joginder Singh. (2006). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus
perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang.
(2006). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 3: Profesionalisme Keguruan).
Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Yahya Othman.
(2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS
PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd.
Oleh:
Nursyifa Afifah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan