Cikgu Nur :
Cikgu hanya memberikan kamu masa selama dua minit untuk merangka isi-isi bagi
karangan mengenai Diri Saya.
Pelajar :
Kalau karangan mengenai Diri Saya dalam masa seminit pun kami boleh siapkan
karangan lengkapnya cikgu.
Setelah tamat tempoh dua minit yang diberikan,
Cikgu Nur pun mula menyoal setiap pelajar mengikut giliran tempat duduk mereka.
Cikgu Nur :
Jasmeen, cikgu mahu kamu kemukakan isi-isi yang telah kamu rangka bagi karangan
‘Diri Saya’, silakan Jasmeen.
Jasmeen :
Nama saya Jasmeen bte Muhd Danial. Saya berumur 11 tahun. Saya merupakan anak
sulong dalam keluarga saya. Saya suka makan
nasi katok dan minuman kegemaran saya
ialah Milo.
Cikgu Nur :
Baiklah Jasmeen, terima kasih. Sekarang cikgu mahu Aaron Abd Aziz pula yang
mengemukakan rangka isi-isi kamu, silakan
Aaron.
Aaron :
Assalamualaikum, nama saya Aaron bin Abd Aziz tetapi kawan-kawan saya memanggil
saya Aaron Aziz. Saya berumur 12 tahun. Saya
tinggal di kampong Kapok, Jalan
Muara. Hobi saya di waktu lapang ialah bermain bola. Saya bercita-cita ingin menjadi
seorang pelakon.
Muara. Hobi saya di waktu lapang ialah bermain bola. Saya bercita-cita ingin menjadi
seorang pelakon.
Keadaan menjadi gamat seketika setelah mendengar
cita-cita Aaron yang ingin menjadi seorang pelakon. Cikgu Nur meneruskan
pengajarannya.
Cikgu Nur :
Sebelum cikgu meneruskan pengajaran cikgu, cikgu ingin memastikan jika kesemua
rangka isi-isi kamu sama sahaja seperti yang telah diterangkan oleh rakan-rakan kamu
tadi.
rangka isi-isi kamu sama sahaja seperti yang telah diterangkan oleh rakan-rakan kamu
tadi.
Pelajar :
Sama sahaja cikgu.
Senario di atas mengingatkan saya kepada kenangan saya mengajar pelajar Tahun 10 dua tahun lalu. Ketika saya mengarahkan pelajar-pelajar saya membuat
rangka isi bagi tajuk karangan Diri Saya, hampir semua pelajar saya tersenyum
dan ada juga yang ketawa sambil berkata bahawa tajuk tersebut merupakan tajuk
karangan semasa mereka bersekolah rendah. Selesai tempoh masa diberikan kepada mereka
merangka karangan, saya pun memperlihatkan kepada mereka karangan mengenai Diri
Saya yang saya telah sediakan. Kelas yang gamat seketika sebelumnya tergamam
membaca karangan mengenai Diri Saya kerana ianya amat berbeza sekali daripada
yang telah mereka rangka apa lagi fikirkan. Berikut contoh karangan Diri Saya,
Nukilan: Noor Hidayah Hj Durahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan