
Semasa waktu rehat separuh masa, pihak polis telah mendahului jaringan 3-0.
Jurulatih dari pasukan banduan marah kepada para pemainnya gara-gara kekalahan
di dalam separuh masa pertama.
Jurulatih : Bodoh! Tak ada otak! Lawan pihak
polis pun tak reti? Takkan kamu semua
ini cuma tahu mencuri
dan menyeluk saku saja!.
Pemain : Kalau
macam ini caranya, lebih baik kita semua
main kasar. Janji kita boleh
sumbat goldan menang!
Jurulatih : Eh,
mana boleh main kasar macam itu?
Pemain : Tak
apa. Saya boleh jamin, Walau kita kasar pun pengadil takkan bagi kita
kad kuning atau kad merah!
Jurulatih : Eh,
kenapa pula?
Pemain : Tengok
ni... Hahah... aku baru saja curi kesemua kad pengadil termasuk
wiselnya sekali!
Pengajaran dari
cerita ini ialah perangai lama tidak dapat ditinggalkan kerana ia sudah sebati
dengan dirinya.
Disediakan oleh : Hjh Milakarmilah
(Dipetik dan disesuaikan dari : Mastika November 2011, ms : 48-49)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan