Rasullullah telah bersabda yang bermaksud:
"Fatihal kitab (surah al-Fatihah) adalah ubat bagi segala racun"
1. Untuk Penawar Racun & Kala Jengking
Isilah gelas dengan sedikit air
yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air
di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan
usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Insyaallah dengan ikhtiar itu
racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.
2. Untuk Menghilangkan Sifat
Lupa
Tulislah
surah al Fatihah pada bekas
air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu
tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum
kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan berhasil dengan
kesabaran.
3. Untuk Penyembuhan Segala
Penyakit
Ambillah sebaldi air lalu
dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua
tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan
air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah
berkali-kali.
4. Untuk Penyembuhan Penyakit
Mata
Bacalah surah ini 41 kali sehabis
sembahyang subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata
pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah
akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan