Ayat tersebut bukan bermaksud periksa muka dan melihat
keadaan muka tetapi lebih daripada itu. Cermin yang fungsinya adalah untuk memantulkan
imej sebenarnya mempunyai fungsi yang lebih jauh dan lebih dalam lagi. Adakah kita menyedari fungsi disebalik cermin yang
kita gunakan seharian? Pernahkan anda terfikir bahawa cermin begitu jujur pada
kita?
Ayat “Pergi cermin diri kau sendiri!” memberikan
maksud yang tersirat. Kita diajak untuk melihat dan mengetahui tentang diri
kita lebih jauh. Ayat di atas mengajak kita untuk membuat refleksi terhadap diri
sendiri tentang kekurangan dan kelemahan yang ada. Ikuti kisah Pak Pandir
dengan cerminnya.
Suatu hari, Pak Pandir pergi mencari makanan di hutan.
Sedang mencari-cari... tiba-tiba dia terjumpa cermin. Cermin itu dibawanya
balik dan disimpannya di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahuan isterinya. Setiap
hari sebelum keluar rumah, Pak Pandir akan masuk ke bilik itu untuk melihat
cerminnya. Sehinggalah suatu hari, Mak Andih naik pelik melihat gelagat
suaminya itu.
Tiba-tiba... Opocot! Punyalah terkejut beruk Mak Andih
melihat cermin suaminya dan meraung-raung memberitahu ibunya Tok Andih bahawa
suaminya ada perempuan simpanan. Tok Andih pun bergegas menuju ke bilik anaknya
untuk melihat sendiri perempuan simpanan yang kononnya disembunyikan oleh Pak
Pandir. Tidak lama kemudian, Tok Andih keluar dari bilik tersebut sambil ketawa
terbahak-bahak.
“Kenapa emak ketawa?” kata Mak Andih.
“Apa teruk
benar selesa suami kau itu. Kalau pun hendak kahwin lain, carilah
perempuan yang elok sikit. Ini tidak. Aku tengok perempuan dalam bilik itu,
sudahlah tua, berkerepot pula tu!”
Bercermin dengan merefleksi diri sendiri menuntut kita
untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri sendiri. Cermin akan mengatakan
apa adanya tentang diri kita. Cermin tidak pernah bohong, cermin sentiasa
jujur. Oleh kerana itu cermin adalah refleksi sebuah kejujuran dan sangat tepat
jika cermin digunakan sebagai alat untuk muhasabah diri untuk menilai kelemahan
dan kebaikan kita dalam menjalani kehidupan seharian.
Disediakan oleh : Hjh Milakarmilah
(Dipetik dan disesuaikan dari : Mastika November 2011,
ms : 49)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan