Pemilihan Nama dan Cogan Kata Blog
Nama blog yang dipilih ialah LAILA
BERFIKIR
Cogan Kata yang dipilih ialah BAKARIH, BAJARIH, BALURIH
Cogan Kata yang dipilih ialah BAKARIH, BAJARIH, BALURIH
Huraian Pemilihan Nama Blog
Pengertian
Laila
“Laila”
adalah suatu perkataan yang bererti adil, bahagia, baik. Perkataan ini juga
digunakan untuk menunjukkan sesuatu kesayangan yang menarik perhatian, berkesan
dihati, nyata kebisaiannya, menyerlah kecantikannya, merupakan amat baik,
berkebolehan, amat cantik, amat elok, amat segak dan bergaya, gagah, berani,
tersusun rapi dan laila bahagia.
Contoh
perkataan laila yang digunakan untuk menunjukkan keistimewaannya adalah seperti
berikut:
Laila
perkasa, laila bangsawan, laila setiawan, laila dermawan, laila kebajikan,
laila insane dan sebagainya (Sumber: Pusat Sejarah, Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan).
Pengertian
Berfikir
Manakala
“Berfikir” pula bermaksud menggunakan akal budi untuk menyelesaikan,
mempertimbangkan atau memutuskan sesuatu dalam ingatan (Kamus Bahasa Melayu
Nusantara, 2003).
Dalam
konteks ini Laila Berfikir ialah pusat pengetahuan yang menyediakan pelbagai
juadah ilmu sebagai tatapan dan renungan bersama untuk mengimplementasikan
kemahiran berfikir dalam pengajaran Bahasa Melayu. Semua ini dilaksanakan dalam
bentuk bahasa yang mudah dan jelas.
Keterangan Pemilihan Cogan Kata Blog
'Bakarih,
bajarih, balurih'. Cogan kata yang menjadi pilihan.Tujuan utama ialah supaya
Laila Berfikir ini menjadi inspirasi BAKARIH meluangkan masa yang bernilai,
setelah BAJARIH mencari ilmu. Para pembaca akan BALURIH informasi dan maklumat
yang bermanfaat bagi memantapkan lagi ilmu yang sedia ada. Sasaran yang menjadi
pilihan adalah guru, pelajar dan ibu bapa.
Objektif pembinaan blog Laila Berfikir.
1.
Sebagai
memenuhi keperluan kursus E0-5306-B, iaitu Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan
Bahasa.
2.
Untuk
melahirkan bangsa pemikir yang kritis dan juga kreatif.
3.
Untuk
menyalurkan kepelbagaian sumber ilmu kepada semua peringkat, iaitu pelajar,
guru dan ibu bapa.
4.
Untuk
menyokong dan menanai Hala Tuju Dasar dalam Strategi Pendidikan, Wawasan Brunei
2035, iaitu dengan melaksanakan misi pendidikan dengan lebih sempurna ke arah
memberikan pendidikan yang menyeluruh bagi mencapai potensi yang penuh bagi
semua.
AHLI-AHLI
BLOG LAILA BERFIKIR
NOORMIMIWATI
@ NURSYIFA AFIFAH BTE MOMIN
BIL.
PENDAFTARAN : 11M8156
HJH
MILAKARMILAH BTE HJ MATAMIN
BIL.
PENDAFTARAN : 11M8158
DK NOOR
HASIBAH BTE PG HJ AHMAD
BIL.
PENDAFTARAN : 11M8159
NOOR
HIDAYAH BTE HJ DURAHIM
BIL.
PENDAFTARAN : 11M8156